Wednesday, May 4, 2011

PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA KEPADA KESAN PERKEMBANGAN MENTAL ORANG KURANG UPAYA DENGAN MENGAMBIL KIRA SEMUA FAKTOR



Ø ibu bapa sewajarnya sentiasa mengawasi perkembangan dan pertumbuhan anak mereka sejak lahir kerana ini adalah cara mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang tanda –tanda luar biasa yang ditunjukkan oleh si anak.

Ø  ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran keibubapaan yang khusus.

Ø ibu bapa perlu mengorbankan perasaan malu dan perlu mengorbankan masa, wang ringgit untuk memastikan anak-anak istimewa ini membesar dengan baik.

Øpelbagai rawatan dan peralatan khusus  diperlukan bagi membantu kanak-kanak ini berkembang ke tahap optimum.

Ø  ibu bapa perlu peka dengan kemajuan teknologi berkaitan pendidikan khas untuk anak-anak mereka serta melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai.

Øibu bapa perlu menyertai pelbagai pertubuhan dan organisasi yang khusus untuk kategori anak mereka bagi mendapatkan khidmat nasihat serta lain-lain keperluan.

Ø setiap individu yang bergelar insan perlu turut melibatkan diri dalam memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak dan individu-individu dengan keperluan khas.

Ø anggapan  yang negative perlu dihapuskan bukan sahaja oleh ibu bapa  tetapi juga setiap anggota masyarakat.

Ø  ibu bapa perlu memberi penekanan terhadap keunikan dan nilai semua kanak-kanak dan bukannya membezakan antara mereka.

Ø elakkan memberi penekanan terhadap kecacatan dengan tidak mengambil kira pencapaian individu.

Ø sediakan persekitaran di mana kanak-kanak berkeperluan khas melibatkan diri dalam aktiviti bersama murid normal yang dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment