Wednesday, May 4, 2011

kecederaan otak traumatik


KECEDERAAN OTAK TRAUMATIK
Ø INGATAN
-       Kanak-kanak ini mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru dipelajari.

Ø GENERALISASI
-       Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak ini menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.

Ø METAKOGNISI
-       Iaitu kebolehan “berfikir tentang berfikir”. Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya.

Ø MOTIVASI
-       Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa.

Ø BAHASA
-       Kebanyakkannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi  dan sebagainya.

Ø CIRI SOSIAL
-       Kurang diterima oleh rakan sebaya dan ada yang mengetepikan golongan ini.

ØCIRI EMOSI
-       Mereka perlukan perhatian akibat perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial.

No comments:

Post a Comment