Wednesday, May 4, 2011

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Istilah learning disability dan learning difficulty digunakan secara saling berganti bagi menjelaskan, orang yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan sedang berkembang, ataupun berkembang dalam tahap yang lambat berbanding kebanyakkan orang lain.

Antara ketegori-kategori kanak-kanak masalah pembelajaran adalah seperti terencat akal, down sindrom, autisme, cerebral palsy dan pelbagai lagi.

Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal.
-       Bahasa yang kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan

Masalah bahasa kanak-kanak autisme.
-       Tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain.
-       Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
Masalah bahasa kanak-kanak palsi serebrum
-       Masalah bahasa timbul dalam bahasa ekspresif ataupun bahasa reseptif
-       Ekspresif bermaksud kemampuan menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol
-       reseptif bermaksud kemampuan memahami dan mengingat apay yang diperkatakan oleh orang lain
-       kemahiran berbahasa yang berkembang lambat seperti pembentukan ayat
-       mengalami kesukaran mengikut arahan
-       penggunaan tatabahasa yang tidak tepat
-       sukar mengingati nama-nama benda

CIRI-CIRI  KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
-       Antara kategori-kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah seperti terencat akal, autisme dan palsi selebrum.

Ø TERENCAT AKAL
-       Kanak-kanak ini mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial.
Ø KATEGORI KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
-       Ringan
-       Sederhana
-       Teruk
@ KANAK-KANAK TERENCAT AKAL RINGAN
-       Perkembangan mental yang lambat
-       Lambat berkembang dalam tiga bidang iaitu akademik, sosial dan vokasional
-       Menghadapikesukaran dalam program sekolah

@ KANAK-KANAK TERENCAT AKAL SEDERHANA
-       Kanak-kanak ini dapat mencapai tahap tanggungjawab sosial, kemahiran asas akademik dan menguasai kemahiran vokasional.
-       Dapat mengurus diri sendiri seperti memakai dan membuka pakaian
-       Melindungi diri sendiri dari bahaya dirumah dan disekolah.
-       Menjalankan tugas dalam pengawasan

@ KANAK-KANAK TERENCAT AKAL TERUK
-       Kurang daya tumpuan dan menimbulkan masalah tingkah laku
-       Hanya dapat menerima tempoh pembelajaran sebanyak tiga hingga  empat bulan pembelajaran  daripada tempoh 12 bulan yang disediakan.


Ø AUTISME
-       Kanak-kanak ini hanya menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
-       Mempunyai ketidakupayaan dengan gangguan dalam komunikasi interaksi sosial, ganguan deria dan perilaku emosi
-       Kanak-kanak ini kelihatan normal.

@ dari segi komunikasi:
-       Perkembangan bahasa yang lambat.
-       Suka menarik tangan orang lain
-       Jarang menggunakan bahasa

@ dari segi interaksi sosial
-       Suka bersendirian
-       Suka mengelak daripada memandang muka orang lain
-       Tidak gemar bermain dengan rakan-rakan
-       Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

@ gangguan deria
-       Sensetif pada sentuhan
-       Tidak suka dipeluk
-       Sensetif dengan bunyi yang kuat
-       Kurang sensetif pada rasa sakit ataupun takut.

Ø PALSI SEREBRUM ( CEREBRAL PALSY)
-       Bermaksud kanak-kanak yang mengalami gangguan terhadap pergerakan ataupun postur.
@ JENIS-JENIS PALSI SEREBRUM
-       Palsi serebrum spastic
-       Palsi serebrum athetosis
-       Palsi serebrum ataxia
@ Palsi Serebrum Spastic
                                    !  ketegangan otot pada tahap abnormal
                                    ! otot dan sendi menjadi ketat dan kaku
                        @ Palsi Serebrum athetosis
                                    ! ketegangan otot berubah secara konstan atau malar
                        @ Palsi Serebrum Ataxia
                                    ! masalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi   

No comments:

Post a Comment