Thursday, May 5, 2011

PBS DI SK MIRI

                    BILIK TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

DI RUMAH PENYAYANG MIRI

                                                        ain dan fiona

                                                              ada & shafiq
                                                         balai& fiqah

MANDAT -MANDAT ASAS PL 94-142

alat bantu mengajar pelajar bermasalah pembelajaran

PENGUBAHSUAIAN UNTUK MENGAJAR DAN MENILAI PELAJAR DISLEXIA


Teknik pengajaran asal :
Guru biasanya hanya menulis huruf di papan hitam.
Bahan-bahan :
Dalam pengubahsuaian kedua ini, kami akan menggunakan pasir, kayu, kapur, lantai, tanah yang mana akan dipilih mengikut kesesuaian tempat dan masa. Pengajaran ini boleh diberi nama sebagai pengajaran teng-teng.
Pengubahsuaian
Guru boleh membuat pengajaran dan memilih sama ada ingin melaksanakan pengajaran ini di pantai atau tanah rata ataupun di lantai bersimen.


Cara pengubahsuaian dilakukan
Satu bentuk teng-teng dilukis sama ada di pantai atau di atas lantai. Guru boleh memilih tempat yang senang dituju dan tidak memerlukan perjalanan yang jauh. Jika pengajaran dilakukan di pasir, guru boleh menggunakan kayu untuk melukiskan teng-teng dengan bentuk yang bersesuaian. Dalam petak teng-teng berkenaan, guru menuliskan nombor-nombor yang akan diajarkan.
Cara mengajar
Guru akan meberi arahan kepada kanak-kanak untuk melompat ke petak yang bernombor yang disebutkan. Arahan untuk melompat hendaklah mengikut turutan pada mulanya dan seterusnya boleh diubah kepada rambang. Guru juga boleh memanipulasikan teng-teng tersebut dengan memberi arahan untuk operasi tambah, tolak dan sebagainya.
Kekuatan
Pengubahsuaian ini tidaklah memerlukan bajet yang besar dan cara ini juga lebih menyeronokkan dan kanak-kanak akan lebih tertarik dan berminat untuk belajar. Daripada satu cadangan ini, guru boleh memperbanyakkan cara untuk menggunakannya.
Kelemahan
Kanak-kanak boleh terjatuh jika tersalah lompat dan mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada mereka. Jika mereka berterus-terusan melompat, mereka akan merasa letih dan tidak bermaya.
Penilaian
Jika kanak-kanak melompat ke arah nombor yang betul maka kanak-kanak tersebut mengenali nombor berkenaan dan sebaliknya. Untuk setiap operasi yang dilakukan, jika kanak-kanak mampu memberikan jawapan yang betul bagi setiap soalan operasi yang diberikan oleh guru, maka kanak-kanak tersebut tahu untuk mengira dan melakukan operasi tersebut.

PENGUBAHSUAIAN UNTUK MENGAJAR DAN MENILAI PELAJAR DISLEXIA

Teknik pengajaran asal

Guru menulis huruf dituliskan biasa di papan hitam. Jadi kanak-kanak disleksia tidak dapat membezakan dan merasai huruf tersebut. Guru seharusnya mengambil kira keperluan kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Bahan-bahan
Kumpulan kami akan melakukan satu pengubahsuaian dengan menggunakan baha-bahan seperti kadbod, beras, gam, kapur, salotape. Setiap bahan yang digunakan hendaklah bersifat mesra pengguna dan mesra alam.

Pengubahsuaian 1
                       
Dalam melaksanakan tugasan ini, kami telah melakukan satu pengubahsuaian terhadap cara pengajaran guru bagi membolehkan kanak-kanak disleksia mempelajari huruf dengan lebih berkesan dan sistematik. Huruf-huruf akan disediakan di atas kadbod oleh guru. Huruf ini seterusnya akan dapat dirasai atau disentuh oleh kanak-kanak disleksia. Ini akan membantu mereka untuk mengetahui cara penulisan huruf tersebut.

Cara pengubahsuaian dilakukan:

Untuk mengubahsuai teknik pengajaran ini, kami menyediakan kadbod dengan saiz yang bersesuaian. Seterusnya, kadbod tersebut akan dilukis dengan abjad yang akan diajar dengan menggunakan kapur. Kemudiannya, salotape akan diletakkan di sekitar kadbod bagi mengelakkan bucu yang tajam pada sekitar kadbod mencederakan kanak-kanak dan juga merupakan salah satu aksesori bagi mencantikkan kadbod itu. Langkah seterusnya, gam akan dilekatkan dalam setaip abjad dan membentuk satu abjad seperti ‘b’ dan sebagainya. Selepas gam dilekatkan, beras akan terus ditabur bagi mengelakkan daripada gam tersebut kering. Akhir sekali, kadbod itu akan dibiarkan sehingga beras itu telah melekat dengan sepenuhnya pada kadbod itu.
Cara mengajar
Setelah bahan bantu mengajar ini telah kering, guru akan bawa kadbod berkenaan kepada kanak-kanak disleksia untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menyentuh dan merasa bentuk huruf berkenaan. Guru boleh bertanyakan huruf apa yang telah disentuh oleh mereka dan meminta mereka menulis kembali apa yang telah mereka sentuhan dan jika mereka menulisnya dengan salah, guru harus mengajar cara menulis dengan betul. Penilaian akan dilakukan di akhir pengajaran.
Kekuatan 
Pengubahsuaian ini tidak memerlukan bajet yang tinggi dan ianya boleh dibawa ke mana-mana sahaja memandangkan saiznya yang kecil dan ringan. Ini juga dapat membantu menarik minat pelajar kerana mereka mempunyai cara lain untuk belajar.
Kelemahan
Jika bahan ini digerakkan dengan kasar, beras yang dilekatkan berkemungkinan akan terjatuh dan ini boleh mengurangkan bentuk huruf tersebut. Selain itu, kadbod ini juga tidak begitu keras dan mudah melentur.
Penilaian
Penilaian dilakukan pada akhir pengajaran. Jika kanak-kanak dapat menjawap abjad yang diajar dengan betul, bermakna kanak-kanak itu dapat diajar dengan menggunakan deria sentuhan.manakala, jika sebaliknya, guru harus mencari cara baru untuk mengajar kanak-kanak tersebut.