| Aspek | Palsi serebral | Masalah pembelajaran spesifik |
| Definisi | Ø kecacatan anggota disebabkan oleh cacat hubungan saraf diantara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Ø juga dikenali sebagai kelumpuhan anggota bahagian tangan, kaki, leher, tulang belakang atau pinggul. | Ø kepayahan untuk menguasai kemahiran asas 3M untuk meneruskan proses pembelajaran. |
| Ciri-ciri | a) Palsi sereberal spastik - Satu atau beberapa kumpulan otot bdn yg trlalu menegang. - Menyebbkn prgrkn trhd. - Cth: apabila ingin mencapai sesuatu prgrkn tngnnya amat prlhn, dan tibe2x brgrak pntas seakan akan menerkam shngga mnolak bnda yg hndk dicapai. b) Palsi sereberal Athetoid - Pergerakkan lebih meliuk, luar biasa dan tidak terkawal. - Cth: apabila hendak mngmbil sesuatu benda tngnnya akn meliuk kehadapan dan kebelakang membengkok dan kemudian akan melurus dalam satu prgerakn ke hadapan yang amat prlahan. c) Palsi sereberal Ataxia - Mempunyai imbangan bdan yang tidak baik . - Cth: orng yg mghadapi maslh ini seakan-akan brjln di sebuah kapal yang sedang dipukul gelombang. Mereka jalan terhuyung hayang. d) Palsi sereberal gabungan - Menghdap palsi sereberal spstik dan athetoid yang menyebbkan kawalan otot-otot badan trmasuk lehernya tidak berkoordinasi, brmasalah penglihatan dan tahap kecerdasan yang amat lemah. | a) Kognitif - Keupayaan intelektual berada ditahap sederhana - Mengalami kepayahan dalam menguasai kemahiran 3M - Mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses mklumat yg diterima didalam ingatan mereka. - Dalam matematik, kanak-kanak ini mghadapi kesukaran spt mengingat makna-makna kpd symbol yang digunkn. b) Emosi dan sosial - Mempunyai masalah tingkah laku atau interaksi sosial - Emosi yang kurang stabil. |
| Keperluan perkhidmatan pendidikan | - Untuk golongan palsi sereberal ringan mereka akan ditempatkan di kelas2x biasa dan program yang mereka lalui adalah sukatan pelajaran sekolah biasa. - untuk golongan sereberal palsi sederhana akan mengikuti program khas yang akan dikendalikan oleh pakar atau sekolah Pendidikan Khas. - untuk palsi sereberal yang serius mereka akan ditempatkan dipusat asuhan khas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai program jagaan yang khas. | a) Mengubah yang abstrak kepada yg konkrit - Cth: konkrit didalam pengajaran adalah spt arahan membuat model kereta, cara2x memasak atau mengajar bagaimana membuat sesuatu objek. b) Elakkan daripada membuat generalisasi - Guru memberi arahan dengan jelas, mudah dan spesifik c) Pengajaran secara kesalingan ( Reciprocal Teaching) - Guru membimbng kanak2x tetapi pada masa yg sama guru akan memberi peluang kpd kanak2x untuk mnjadi pngajar. |
Wednesday, May 4, 2011
perbezaan palsi sereberal dan masalah pembelajaran spesifik
PERBEZAAN ANTARA MASALAH TINGKAH LAKU/EMOSI DENGAN MASALAH ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)
| Aspek | Masalah Tingkah Laku/ Emosi | Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder |
| 1. Tingkah laku | l tingkah laku luaran - Antisosial - Kerap bangun dari tempat duduk - Suka menjerit - Bercakap dengan kuat - Memaki hamun - Suka mengganggu rakan-rakan yang lain. l tingkah laku dalaman - Suka mengasingkan diri - Suka duduk bersendirian - Tidak mahu bergaul dengan orang lain - Suka mengadu sakit - Sangat pendiam | - Agresif - Kerap memulakan pergaduhan - Gagal menyiapkan kerja rumah - Tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya. - Suka mengelak atau enggan membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental . |
| 2. Sosial dan emosi | l sosial - Sukar berinteraksi dengan orang lain. l emosi - Mengalami masalah keresahan - Fobia dengan sesuatu - Suka membisu dengan sengaja. - Halusinasi( mendengar suara dalam minda) - Terlalu takut tanpa sebab. | l penghargaan kendiri - Mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi - Menganggap diri mempunyai kekuatan. l kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan social di sekolah dan juga tempat lain. |
| 3. Pencapaian akademik | - intelektual yang sederhana - Tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik disekolah - Tidak dapat membaca dengan memuaskan - Meghadapi kesukaran mengikuti pelajaran - Kurang memberi tumpuan kepada tugas yang diberikan oleh guru. - | - Ada yang sangat lemah dalam pencapaian akademik - Ada juga yang boleh mengikuti pelajaran dengan baik. - Ada juga yang dikategorikan pintar, cerdas dan berbakat. |
CARA-CARA MENGATASI ATAU MENGELAK MASALAH KEPERLUAN KHAS
- Ibu bapa perlu diberi latihan berkenaan cara mengendali anak-anak khas mereka.
- Sebaik-baiknya pengesanan awal perlu dijalankan dalam masa tiga bulan pertama selepas kelahiran bagi membolehkan intervensi awal dijalankan.
- Ibu bapa mengawasi perkembangan dan pertumbuhan anak mereka sejak lahir.
- Ibu bapa menyediakan diri mereka dengan kemahiran keibubapaan yang khusus.
- Ibu bapa perlu peka dengan kemajuan teknologi berkaitan pendidikan khas .
- Menyertai pelbagai pertubuhan dan organisasi yang khusus untuk kategori anak mereka.
- Guru kelas biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian ataupun kurang cekap dalam pelajaran
- Guru merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas
- Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi mengenal pasti masalah pembelajaran spesifik
- Merujuk kanak-kanak kepada pasukan kesihatan sekolah ataupun klinik kesihatan.
- Berbincang masalah yang dihadapi oleh murit tersebut disertai pakar-pakar dalam pelbagai bidang spt ahli psikologi, ahli fisioterapi dll.
Subscribe to:
Posts (Atom)
