Thursday, May 5, 2011

PENGUBAHSUAIAN UNTUK MENGAJAR DAN MENILAI PELAJAR DISLEXIA

Teknik pengajaran asal

Guru menulis huruf dituliskan biasa di papan hitam. Jadi kanak-kanak disleksia tidak dapat membezakan dan merasai huruf tersebut. Guru seharusnya mengambil kira keperluan kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Bahan-bahan
Kumpulan kami akan melakukan satu pengubahsuaian dengan menggunakan baha-bahan seperti kadbod, beras, gam, kapur, salotape. Setiap bahan yang digunakan hendaklah bersifat mesra pengguna dan mesra alam.

Pengubahsuaian 1
                       
Dalam melaksanakan tugasan ini, kami telah melakukan satu pengubahsuaian terhadap cara pengajaran guru bagi membolehkan kanak-kanak disleksia mempelajari huruf dengan lebih berkesan dan sistematik. Huruf-huruf akan disediakan di atas kadbod oleh guru. Huruf ini seterusnya akan dapat dirasai atau disentuh oleh kanak-kanak disleksia. Ini akan membantu mereka untuk mengetahui cara penulisan huruf tersebut.

Cara pengubahsuaian dilakukan:

Untuk mengubahsuai teknik pengajaran ini, kami menyediakan kadbod dengan saiz yang bersesuaian. Seterusnya, kadbod tersebut akan dilukis dengan abjad yang akan diajar dengan menggunakan kapur. Kemudiannya, salotape akan diletakkan di sekitar kadbod bagi mengelakkan bucu yang tajam pada sekitar kadbod mencederakan kanak-kanak dan juga merupakan salah satu aksesori bagi mencantikkan kadbod itu. Langkah seterusnya, gam akan dilekatkan dalam setaip abjad dan membentuk satu abjad seperti ‘b’ dan sebagainya. Selepas gam dilekatkan, beras akan terus ditabur bagi mengelakkan daripada gam tersebut kering. Akhir sekali, kadbod itu akan dibiarkan sehingga beras itu telah melekat dengan sepenuhnya pada kadbod itu.
Cara mengajar
Setelah bahan bantu mengajar ini telah kering, guru akan bawa kadbod berkenaan kepada kanak-kanak disleksia untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menyentuh dan merasa bentuk huruf berkenaan. Guru boleh bertanyakan huruf apa yang telah disentuh oleh mereka dan meminta mereka menulis kembali apa yang telah mereka sentuhan dan jika mereka menulisnya dengan salah, guru harus mengajar cara menulis dengan betul. Penilaian akan dilakukan di akhir pengajaran.
Kekuatan 
Pengubahsuaian ini tidak memerlukan bajet yang tinggi dan ianya boleh dibawa ke mana-mana sahaja memandangkan saiznya yang kecil dan ringan. Ini juga dapat membantu menarik minat pelajar kerana mereka mempunyai cara lain untuk belajar.
Kelemahan
Jika bahan ini digerakkan dengan kasar, beras yang dilekatkan berkemungkinan akan terjatuh dan ini boleh mengurangkan bentuk huruf tersebut. Selain itu, kadbod ini juga tidak begitu keras dan mudah melentur.
Penilaian
Penilaian dilakukan pada akhir pengajaran. Jika kanak-kanak dapat menjawap abjad yang diajar dengan betul, bermakna kanak-kanak itu dapat diajar dengan menggunakan deria sentuhan.manakala, jika sebaliknya, guru harus mencari cara baru untuk mengajar kanak-kanak tersebut.


No comments:

Post a Comment